Andalus Corporation Pte. Ltd.

Kelas Bimbingan Kanak-kanak
PENDAHULUAN
Program ini diadakan bertujuan untuk menyediakan pendidikan asas ugama Islam kepada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun. Pelajar-pelajar diajar dengan pelajaran lanjutan daripada program KBPS dengan penambahan dua matapelajaran baru iaitu Jawi dan Solat. Matapelajaran diajar dalam bentuk modul. 
MATLAMAT PROGRAM
Matlamat program ini adalah untuk menyediakan pendidikan ugama Islam asas yang perlu diketahui oleh pelajar. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:
  • Memahami ilmu-ilmu teras agama Islam dengan sempurna
  • Menghayati dan mengamalkan ugama Islam dengan sebaik mungkin
  • Berfikir secara logis, analitis, kreatif dan inovatif berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Menulis dan membaca Jawi
  • Membaca Al-Quran dengan tajwid
  • Menulis dan bertutur Bahasa Arab yang mudah
TEMPOH DAN MASA PEMBELAJARAN
Program ini berjalan selama enam tahun bermula dari KBK 1 bagi kanak-kanak berumur 7 tahun hingga KBK 6 bagi pelajar berumur 13 tahun. Setiap tahun dibahagikan kepada 2 semester dan setiap semester pelajar diajar matapelajaran tertentu. Ia dijalankan seminggu sekali selama dua jam lima belas minit bagi setiap sesi.
MATAPELAJARAN
Matapelajaran yang dipelajari:
  • Diyanah (Tauhid & Fiqeh)
  • Sirah (Sirah & Akhlak)
  • Loghah (Bahasa Arab + Jawi)
  • Iqra’/ Al-Quran


Pembahagian mengikut semester:

Mata Pelajaran

Sem 1

Mata Pelajaran

Sem 2

Fiqeh/Tauhid  Sirah/Akhlak
Bahasa Arab Bahasa Arab 
Jawi Jawi 
Iqra' Iqra' 
Solat/Surah Solat/Surah 
ALIRAN KBK
Pelajar akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 6 tahun sebelum meneruskan program selanjutnya. Kenaikan setiap tahun dalam program KBK ini bergantung kepada keputusan peperiksaan akhir tahun manakala kenaikan ke program seterusnya selepas mereka tamat KBK pula bergantung kepada keputusan peperiksaan LPPI. 

YURAN
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $50.00 sebulan

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.