Andalus Corporation Pte. Ltd.

Klinik Al-Quran
PENDAHULUAN
Program ini adalah satu sistem pengajian Al-Quran secara perseorangan di hadapan seorang guru.
MATLAMAT PROGRAM
Matlamat program ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk mempelajari bacaan Al-Quran berserta tajwid mengikut kesesuaian masa pelajar. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:

  • Meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran
  • Membaca Al-Quran dengan bertajwid
  • Bertalaqqi dengan guru hingga khatam
  • Menjadikan membaca Al-Quran sebagai budaya hidup mereka

TEMPOH DAN MASA PENGAJIAN
Klinik Al-Quran berjalan selama 6 sesi dan setiap sesi selama setengah jam. Masa pengajian adalah mengikut waktu yang dipilih dan ditentukan oleh pelajar itu sendiri. Waktu yang baik dijalankan klinik ini adalah dari jam 2 petang hingga 9 malam pada Isnin hingga Jumaat dan dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada Sabtu dan Ahad.

(Tertakluk kepada kesesuaian cawangan).

YURAN
Yuran pendaftaran sebanyak $12 yang perlu dibayar sekali sahaja dan juga $70 untuk 6 sesi semasa pendaftaran. Setiap pelajar akan diberikan sekeping kad untuk mereka mencatitkan tarikh dan masa pengajian. Pelajar perlu mencatit tarikh dan masa pengajian mereka ke dalam sebuah fail. Kehadiran mereka dapat diketahui melalui tandatangan guru pada kad kehadiran.

JADUAL
Pelajar sedapat mungkin menepati jadual yang telah dipilih. Jika penundaan terpaksa dibuat, maka hendaklah dilakukan 2 hari sebelum jadual pengajian supaya tempatnya dapat digantikan dengan orang lain. Sekiranya kurang dari 2 hari, tempahan mereka dikira terpakai (hangus).

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran.