Andalus Corporation Pte. Ltd.

Kelas Bimbingan Dewasa
PENDAHULUAN

Program ini diadakan untuk para remaja dan dewasa keperluan yang tidak berpeluang melalui pembelajaran agama secara formal.

MATLAMAT

Program ini diharapkan dapat memberikan pengetahuan dasar-dasar agama Islam kepada semua yang berusia 17 tahun ke atas. Ia bertujuan memberikan pemahaman dengan lebih jelas ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian.

TEMPOH DAN MASA PEMBELAJARAN

Jangkamasa pembelajaran KBD ialah 2 tahun. Keseluruhan pengajian terdapat 8 modul. Setiap tahun mempunyai 2 semester, iaitu 6 bulan pada setiap semester. Setiap modul merangkumi 11 atau 12 minggu pengajian.

 

Pembelajaran berlangsung seminggu sekali dalam masa 90 minit.

 

Pelajar KBD tidak perlu menduduki peperiksaan tetapi perlu menepati 80% kehadiran pada setiapmodul.

 

Pelajar yang mengikuti program KBD akan mempelajari setiap subjek yang di bawah mengikut modul.

MATA PELAJARAN

Bil Modul Masa
1 Akidah 11 atau 12 minggu
2 Thoharah 11 atau 12 minggu
3 Solat 11 atau 12 minggu
4 Solat Lanjutan 11 atau 12 minggu
5 Puasa 11 atau 12 minggu
6 Zakat 11 atau 12 minggu
7 Sirah Nabawiyah 11 atau 12 minggu
8 Tafsir dan al-Azkar 11 atau 12 minggu


ALIRAN KBD

Selepas menamatkan pengajian semua modul dengan jayanya, Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Pra-Diploma Pengajian Islam Andalus (PPI), Sijil Pengajian Ugama (SPU), Sijil Pengajian Bahasa Arab, dan Sijil Pengajian al-Quran di al-Zuhri.

PAKAIAN

Pelajar-pelajar yang mendaftarkan diri untuk kelas ini tidak diwajibkan memakai pakaian seragam pusat pendidikan. Walau bagaimanapun, mereka diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat. Bagi pelajar lelaki, mereka digalakkan berpakaian baju melayu serta bersongkok. Manakala bagi pelajar perempuan pula, mereka digalakkan berpakaian baju kurung atau berjubah serta bertudung.

YURAN

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $42 sebulan.

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran.

 

Sila ke lelaman www.andalus.sg/dewasa Untuk maklumat terperinci program pos-menengah Andalus.