Andalus Corporation Pte. Ltd.

Islam In English (IIE Secondary)
PENDAHULUAN
Program 'Islam In English' (IIE) ialah versi bahasa Inggeris bagi program Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK) dan Kelas Bimbingan Menengah (KBM). Andalus telah mengambil alih program ini dari Seville Pejabat Pendidikan sejak 2006.

Program ini ditawarkan untuk peringkat rendah darjah 1 hingga 6 dan menengah 1 hingga 4.
MATLAMAT
Program ini diharapkan dapat menyediakan pengetahuan agama Islam yang lebih lanjut kepada para pelajar. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:
  • Mendalami ilmu-ilmu Islam yang asas
  • Mengenali hukum-hukum pembacaan Al-Quran
  • Menghafal doa-doa harian dan menjadikannya amalan harian
  • Menyingkap permasalahan fiqh dari sudut ibadat, mua’amalat dan lain-lain
  • Mempelajari bahasa Arab dan asasnya dengan lebih fokus
  • Mendapat pendedahan mengenai Sejarah Islam dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga kini
  • Mendalami persoalan-persoalan Aqidah dan isu-isu berkaitan dengannya
  • Mempelajari mata pelajaran Akhlak dengan lebih mendalam.
TEMPOH DAN MASA PEMBELAJARAN
Jangka masa pembelajaran bagi program KBM 1 - 4 ialah 4 tahun. Setiap tahun mengandungi 2 semester. Setiap semester merangkumi 17 minggu pembelajaran, 1 minggu ulangkaji dan 2 minggu peperiksaan. Bagi setiap sesi pembelajaran, ianya akan berlangsung selama 3 jam dengan peruntukan waktu 45 minit bagi setiap 1 subjek yang dipelajari. Waktu rehat selama 15 minit ditetapkan untuk program KBM.
MATA PELAJARAN
Mata pelajaran yang dipelajari:
  • Sejarah Islam
  • Aqidah Islamiah
  • Fiqh Islami
  • Akhlak Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Tajwid & Al-Quran

Pembahagiannya adalah seperti berikut:

Tahun 1 45 minit pertama 45 minit kedua 45 minit ketiga 45 minit keempat
Semester 1 Aqidah 1 Sejarah 1 Bahasa Arab 1 Tajwid 1
Semester 2 Fiqh 1 Akhlak 1 Bahasa Arab 1 Al-Quran 1
Tahun 2 45 minit pertama 45 minit kedua 45 minit ketiga 45 minit keempat
Semester 1 Aqidah 2 Sejarah 2 Bahasa Arab 2 Tajwid 2
Semester 2 Fiqh 2 Akhlak 2 Bahasa Arab 2 Al-Quran 2
Tahun 3 45 minit pertama 45 minit kedua 45 minit ketiga 45 minit keempat
Semester 1 Aqidah 3 Sejarah 3 Bahasa Arab 3 Tajwid 3
Semester 2 Fiqh 3 Akhlak 3 Bahasa Arab 3 Al-Quran 3
Tahun 4 45 minit pertama 45 minit kedua 45 minit ketiga 45 minit keempat
Semester 1 Aqidah 4 Sejarah 4 Bahasa Arab 4 Tajwid 4
Semester 2 Fiqh 4 Akhlak 4 Bahasa Arab 4 Al-Quran 4


KALENDAR PENGAJIAN
Oleh kerana program IIE adalah versi bahasa Inggeris bagi program KBK dan KBM, dan terdapat banyak kesamaan antara keduanya dari pelbagai aspek, kalendar bagi program IIE akan diselaraskan dengan kalendar bagi program KBK dan KBM. Musim persekolahan, musim cuti dan musim peperiksaan akan mengikut apa yang ditetapkan bagi program KBK dan KBM.

YURAN
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $60 sebulan.

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran.