Andalus Corporation Pte. Ltd.

Kelas Bimbingan Menengah
PENDAHULUAN
Program ini disusun agar para pelajar yang telah melalui pendidikan Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK) dapat meneruskan pembelajaran agama di peringkat yang lebih tinggi. Kurikulum peringkat menengah yang disediakan untuk mereka adalah bersesuaian dengan kadar pembangunan mereka, begitu juga dengan kadar penggunaan buku yang lebih mencabar dengan merangkumi pelajaran yang lebih mendalam sama ada pelajaran yang telah mereka pelajari mahupun mata pelajaran baru yang mereka akan didedahkan.

MATLAMAT
Program ini diharapkan dapat menyediakan pengetahuan agama Islam yang lebih lanjut kepada para pelajar. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:

  • Mendalami ilmu-ilmu Islam yang asas
  • Mengenali hukum-hukum pembacaan Al-Quran
  • Menghafal doa-doa harian dan menjadikannya amalan harian
  • Menyingkap permasalahan fiqh dari sudut ibadat, mua’amalat dan lain-lain
  • Mempelajari bahasa Arab dan asasnya dengan lebih fokus
  • Mendapat pendedahan mengenai Sejarah Islam dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga kini
  • Mendalami persoalan-persoalan Aqidah dan isu-isu berkaitan dengannya
  • Mempelajari mata pelajaran Akhlak dengan lebih mendalam.
TEMPOH DAN MASA PEMBELAJARAN
Jangka masa pembelajaran bagi program KBM 1 - 4 ialah 4 tahun. Setiap tahun mengandungi 2 semester. Setiap semester merangkumi 17 minggu pembelajaran, 1 minggu ulangkaji dan 2 minggu peperiksaan. Bagi setiap sesi pembelajaran, ianya akan berlangsung selama 3 jam dengan peruntukan waktu 45 minit bagi setiap 1 subjek yang dipelajari. Waktu rehat selama 15 minit ditetapkan untuk program KBM.

MATA PELAJARAN

Mata pelajaran yang dipelajari:

  • Sejarah Islam
  • Aqidah Islamiah
  • Fiqh Islami
  • Akhlak Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Tajwid & Al-Quran

Pembahagiannya adalah seperti berikut:

 

Tahun 1 45 minit pertama 45 minit kedua 45 minit ketiga 45 minit keempat
Semester 1 Aqidah 1 Sejarah 1 Bahasa Arab 1 Tajwid 1
Semester 2 Fiqh 1 Akhlak 1 Bahasa Arab 1 Al-Quran 1
Tahun 2 45 minit pertama 45 minit kedua 45 minit ketiga 45 minit keempat
Semester 1 Aqidah 2 Sejarah 2 Bahasa Arab 2 Tajwid 2
Semester 2 Fiqh 2 Akhlak 2 Bahasa Arab 2 Al-Quran 2
Tahun 3 45 minit pertama 45 minit kedua 45 minit ketiga 45 minit keempat
Semester 1 Aqidah 3 Sejarah 3 Bahasa Arab 3 Tajwid 3
Semester 2 Fiqh 3 Akhlak 3 Bahasa Arab 3 Al-Quran 3
Tahun 4 45 minit pertama 45 minit kedua 45 minit ketiga 45 minit keempat
Semester 1 Aqidah 4 Sejarah 4 Bahasa Arab 4 Tajwid 4
Semester 2 Fiqh 4 Akhlak 4 Bahasa Arab 4 Al-Quran 4



 

ALIRAN KBM
Selepas pelajar menamatkan program KBM 1 - 4, peluang untuk melanjutkan pelajaran masih terbuka. Sekiranya mereka hendak meneruskannya secara sambilan, maka program Diploma Andalus dapat memenuhi peluang tersebut. Manakala sekiranya pelajar berkenaan ingin melanjutkan pelajarannya secara sepenuh masa, Pra Diploma Al-Zuhri boleh diikuti yang kemudiannya dapat melanjutkan ke peringkat Diploma. Kemudiannya pelajar dapat meneruskan pengajian tinggi mereka dalam bidang ugama/ukhrawi di universiti-universiti luar negara seperti Malaysia.

YURAN
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $60 sebulan.

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran.