Andalus Corporation Pte. Ltd.

Kelas Bimbingan Pra-Sekolah
PENDAHULUAN
Program ini bertujuan menyediakan pendidikan asas ugama Islam kepada kanak-kanak yang berumur antara 5 dan 6 tahun sebelum memasuki alam persekolahan. Pelajar-pelajar diajar membaca dan menulis dengan perantaraan pendidikan asas Islam supaya mereka secara tidak langsung mendapat pengetahuan tersebut untuk diamalkan dalam kehidupan mereka.
MATLAMAT PROGRAM
Matlamat program ini adalah untuk memberi pelajar-pelajar pendidikan asas ugama Islam. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:
  • Memperkenalkan kalimah-kalimah arab yang mudah
  • Memahami perkara-perkara yang asas dalam ilmu-ilmu teras agama Islam
  • Mampu melaksanakan asas solat yang mudah
  • Menghayati dan mengamalkan apa yang mereka pelajari dalam kehidupan seharian
TEMPOH DAN MASA PENGAJARAN
Program ini berjalan selama dua tahun iaitu KBPS 1 bagi kanak-kanak berumur 5 tahun dan KBPS 2 bagi kanak-kanak berumur 6 tahun. Ia dijalankan seminggu sekali selama dua jam lima belas minit bagi setiap sesi. Matapelajaran diajar dalam beberapa tempoh tertentu sebagaimana di bawah.
MATAPELAJARAN
BIL
MATA PELAJARAN
1
Siri Buku Pendidikan Islam Sepadu Prasekolah
Jaluran Aqidah dan Akhlak
Jaluran Intelektual dan Jasmani
Jaluran Perhubungan dan Kehidupan
Jaluran Alam Sekitar dan Aktiviti
2
Al-Lughah Al-Arabiyyah li Al-Athfal wal Iqra’
3
Solat Peringkat Asas
ALIRAN KBPS
Kanak-kanak akan menghabiskan masa selama sekurang-kurangnya 2 tahun dalam aliran KBPS sebelum masuk program Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK).

YURAN
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $45.00 sebulan.

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran.