Andalus Corporation Pte. Ltd.

Kelas Bimbingan Nurseri
PENDAHULUAN
Program ini disusun agar para pelajar membuat persiapan untuk memasuki program KBPS. Kurikulum yang disediakan untuk mereka sangat ringan dan mudah agar mereka dapat berjinak-berjinak dengan ajaran Islam dan menerapkan minat dan cinta pada agama Islam.
MATLAMAT PROGRAM
Matlamat program ini adalah seperti berikut:
  • Mempertingkatkan kemahiran menulis
  • Mengenalkan huruf –huruf Al-Quran
  • Menghafal doa-doa harian dan menjadikannya amalan harian
  • Menghafal surah-surah pilihan
  • Melaksanakan Asas Solat yang mudah
  • Mengetahui asas Bahasa Arab
TEMPOH DAN MASA PENGAJARAN
Program ini dijalankan selama setahun untuk pelajar yang berumur antara 4 dan 5 tahun. Ia dijalankan seminggu sekali selama 2 jam 15 minit bagi setiap sesi. Matapelajaran diajar dalam beberapa tempoh tertentu sebagaimana di bawah.
MATAPELAJARAN
BIL
MATA PELAJARAN
1
Siri Buku Pendidikan Islam Sepadu Prasekolah
Jaluran Aqidah dan Akhlak
Jaluran Intelektual dan Jasmani
Jaluran Perhubungan dan Kehidupan
Jaluran Alam Sekitar dan Aktiviti
2
Al-Lughah Al-Arabiyyah li Al-Athfal wal Iqra’ 1 & 2
3
Solat Peringkat Asas
ALIRAN KELAS KBN
Kanak-kanak menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun dalam program KBN sebelum masuk ke program Kelas Bimbingan Pra-Sekolah (KBPS). Seterusnya mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat rendah, Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK), semasa berumur 7 tahun.

YURAN
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $45.00 sebulan.

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran.