Andalus Corporation Pte. Ltd.

Pengenalan

Andalus Corporation Pte Ltd mula beroperasi pada tahun 1996 di Bukit Batok. Pada ketika itu ia merupakan bilik darjah sahaja. Alhamdulillah, dengan bantuan Ilahi, hari ini terdapat 17 buah cawangan Andalus.

Setiap cawangan dipimpin oleh pengetua-pengetua yang berkelulusan. Mereka dibantu oleh asatizah daripada universiti Islam dan madrasah setempat seperti Aljunied, Alsagoff, Almaarif dan lain-lain.

Andalus Corporation Pte Ltd telah membentuk tiga bahagian utama iaitu Kewangan, Pendidikan dan Pengurusan.

Kami tidaklah mengatakan yang kami adalah yang terbaik, tetapi kami akan sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami.

Keyakinan Andalus Corporation Pte Ltd adalah, di atas segala daya dan usaha, hanya Allah yang menentukan dan Dia adalah sebaik Pembantu.

Brosur