Andalus Corporation Pte. Ltd.

Langkah Menangani Virus Novel Corona

pengajian 3 peringkat apr-dis 2020-copy 1

PEMBERITAHUAN


Waris Pelajar & Pelajar Dewasa yang Dihormati,


Assalamu'alaikum wr. wb.


Tuan / Puan


PENGAJIAN UGAMA DALAM TEMPOH APR – DIS 2020 – MENGHADAPI CABARAN COVID-19


Semoga anda dan keluarga sihat sejahtera dan dirahmati Allah swt sentiasa.


Kelonggaran pemutus litar (circuit breaker) Covid-19 secara bertahap telah bermula sejak 2 Jun 2020.


Walaubagaimanapun, pelbagai pusat pendidikan swasta (educational and enrichment centres), termasuk Andalus dan Cordova, masih belum dibenarkan beroperasi secara fisikal pada tahap ini.


Mengambil kira pelbagai faktor dan perkembangan semasa, pengajian ugama di Andalus dan Cordova direncana mengikut tiga peringkat seperti berikut:


Peringkat 1: April – Mei 2020
Kelas Maya (Virtual Classroom) dari Studio Induk
1. Pengajian kelas maya (virtual classroom) secara synchronous (langsung) dan dikelola dari studio induk, mengikut tahap pengajian (dari prasekolah hingga posmenengah).
2. Pengajian secara asynchronous (rakaman) juga disediakan untuk para pelajar yang terlepas sesi synchronous (langsung) di atas.
3. Di samping kelas maya, para pelajar (tahap prasekolah, rendah dan menengah) juga harus melakukan tugasan e-pendidikan secara individu dan disokong waris.
4. Asatizah mengajar program-program teras (dari studio induk) dan juga pengajian Iqra dalam kumpulan kecil, memantau penyertaan pelajar untuk kelas maya dan menyemak tugasan e-pendidikan pelajar.


Peringkat 2: Jun 2020
Kelas Maya (Virtual Classroom) dalam Kumpulan Asal (Ikut Jadual Asal)
1. Pengajian kelas maya (virtual classroom) dilaksanakan mengikut jadual asal (sebelum isu Covid-19).
2. Asatizah mengelola kelas untuk para pelajar masing-masing secara langsung dari rumah.
3. Masa kelas maya diringkaskan dan disesuaikan untuk membolehkan pengajian berlaku dengan kadar sesuai dan berkesan.
4. Pelbagai kemudahan teknologi pendidikan secara bertahap-tahap diperkenal, disesuai dan disepadu ke arah meningkat keberkesanan pendidikan.


Peringkat 3: Julai 2020 (Tertakluk kepada status mutakhir Covid-19)
Permulaan Blended Learning (Selaras Kelas Maya dan Kelas Fisikal)
1. Permulaan Blended Learning iaitu kelas maya diselang seli dengan kelas fisikal secara mingguan untuk mematuhi panduan jarak selamat (social distancing) dan pelbagai protokol Covid-19. Ini bermakna, jumlah pelajar di setiap kelas dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan mengikuti pengajian secara kelas maya dan kelas fisikal, secara silih berganti.
2. Masa pengajian dikembalikan seberapa yang mungkin kepada jangka waktu asal (sebelum Covid-19) dan disesuaikan dengan Blended Learning.
3. Pelbagai kemudahan teknologi pendidikan secara bertahap-tahap diperkenal, disesuai dan disepadu ke arah meningkat keberkesanan pendidikan.


Semoga senarai inisiatif di atas berjaya menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan Islam dan pengajian agama diteruskan dalam pelbagai situasi dan keadaan yang mencabar. Butiran lanjut akan diberikan dari masa ke masa menerusi portal pelajar dan media sosial, dengan mengambil kira peraturan terkini pihak berwajib.

Semoga niat dan usaha kita diredhai dan dirahmati Allah swt sentiasa. Terima kasih. Wassalam wr. wb.


DIVISYEN PENDIDIKAN


4 Jun 2020