Andalus Corporation Pte. Ltd.

Sijil Pengajian Bahasa Arab
PENDAHULUAN
Pengajian separuh masa (3 jam, seminggu sekali) dilaksanakan berdasar sistem modul selama 2 tahun. Ia bertujuan memberi pendedahan asas agar peserta dapat bertutur dan memahami Bahasa Arab mudah.
MATLAMAT
Fokus utama pengajian ialah membangun empat kemahiran bahasa iaitu pertuturan, pendengaran, bacaan dan kefahaman di peringkat yang paling asas. Pengajian ini sesuai untuk peserta yang tidak pernah mengikuti pengajian bahasa Arab atau telah mengikutinya, tetapi belum berupaya menguasai kemahiran-kemahiran asas bahasa tersebut.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
- Berusia tidak kurang dari 17 tahun

- Mengenal huruf hijaiyah dan pernah belajar mengaji atau mengikuti kursus Iqra' Di samping itu pengajian ini juga dibuka untuk peserta yang ingin mengikuti pengajian secara odit.

JADUAL PENGAJIAN

Semester 1

Penggal 1

Pengajian (Januari-Mac) : 10 minggu

Cuti (Mac) : 1 minggu

Peperiksaan (Mac) : 2 minggu


Penggal 2

Pengajian (April-Mei) : 10 minggu

Cuti (Jun) 1 minggu

Peperiksaan (Jun) : 2 minggu

Semester 2
Penggal 3

Peperiksaan (Julai-September) : 10 minggu

Cuti (Sep) : 1 minggu

Peperiksaan (September) : 2 minggu

Penggal 4

Pengajian (Oktober-November) : 4 minggu

Peperiksaan (Disember) : 2 minggu

Cuti (Dis) : 2 minggu

MODUL PENGAJIAN

MODUL PENGAJIAN

Bahasa Arab Pertuturan I, II & III

QiraÉh Wal Kitabah I, II & III

Budaya Arab & Bahasa Dialek

Al-Isti’Éb I (Kefahaman)

Ilmu Nahu I & II

Ilmu Saraf I & II

Bahasa Klasikal & Moden

Bahasa Arab Al-Qur’Én

InshÉ’ I & II


SISTEM PENILAIAN

Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal. Ia bertujuan menilai kebolehan dan pencapaian seseorang peserta dari masa ke semasa supaya peserta dan malakukan tindakan yang sewajarnya.

 

PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil Pengajian Bahasa Arab akan dianugerahkan berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

 

JALUR SPBA

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian SPBA berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti Diploma Pengajian Bahasa Arab DPBA di Institut Pengajian Al-Zuhri.

 

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $52.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $81.00 sebulan (dibayar melalui giro).

 

* Yuran tidak termasuk dengan harga nota dan buku.

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.