Andalus Corporation Pte. Ltd.

Kelas Bimbingan Dewasa Online
PENDAHULUAN

Program ini diadakan untuk para remaja dan dewasa keperluan yang tidak berpeluang melalui pembelajaran agama secara formal. Program ini diadakan secara atas talian bagi memberi peluang bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mengikuti program ini di cawangan Andalus pada masa yang ditetapkan.

MATLAMAT

Program ini diharapkan dapat memberikan pengetahuan dasar-dasar agama Islam kepada semua yang berusia 17 tahun ke atas. Ia bertujuan memberikan pemahaman dengan lebih jelas ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian.

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

- Berusia tidak kurang dari 17 tahun

- Perlu mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer.


TEMPOH DAN MASA PEMBELAJARAN

Jangkamasa pembelajaran KBDO ialah 2 tahun. Keseluruhan pengajian terdapat 8 modul. Setiap tahun mempunyai 2 semester, iaitu 6 bulan pada setiap semester. Para peserta boleh mengikuti program ini di tempat masing-masing di mana sahaja melalui komputer atau telefon bijak.

MODUL PENGAJIAN

Bil Modul
1 Akidah
2 Thoharah
3 Solat
4 Solat Lanjutan
5 Puasa
6 Zakat
7 Sirah Nabawiyah
8 Haji & Umrah


JADUAL PENGAJIAN

Selepas menamatkan pengajian semua modul denga

Semester 1 :

 

Penggal 1                  

Minggu Pengajian    : Jan – Mac (13 minggu)

Minggu Cuti Penggal           : 1 minggu

 

Penggal 2                  

Minggu Pengajian    : Apr – Jun (13 minggu)

Minggu Cuti Penggal           : 2 minggu

 

 

Semester 2 :

 

Penggal 3

Minggu Pengajian    : Julai – Sep (13 minggu)

Minggu Cuti Penggal           : 1 minggu

 

Penggal 4                  

Minggu Pengajian    : Okt – Dis (13 minggu)

Minggu Cuti Penggal           : 2 minggu


JADUAL PENGAJIAN

Semester 1 :

 

Penggal 1                  

Minggu Pengajian    : Jan – Mac (13 minggu)

Minggu Cuti Penggal           : 1 minggu

 

Penggal 2                  

Minggu Pengajian    : Apr – Jun (13 minggu)

Minggu Cuti Penggal           : 2 minggu

 

 

Semester 2 :

 

Penggal 3

Minggu Pengajian    : Julai – Sep (13 minggu)

Minggu Cuti Penggal           : 1 minggu

 

Penggal 4                  

Minggu Pengajian    : Okt – Dis (13 minggu)

Minggu Cuti Penggal           : 2 minggu

 

SISTEM PENILAIAN

Penilaian dijalankan secara berterusan. Tugasan/Penilaian dan Forum secara online diadakan pada setiap minggu bertujuan untuk membolehkan peserta dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian peserta dari masa ke masa.

 

JALUR KBDO

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian KBDO berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti Pra-Diploma Pengajian Islam PPI atau Pra-Diploma Pengajian Islam (atas talian) PPIO.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $35.00 sebulan (dibayar melalui giro).

 

* Yuran tidak termasuk dengan harga nota dan buku.

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.

 

Sila ke lelaman www.andalus.sg/dewasa Untuk maklumat terperinci program pos-menengah Andalus.