Andalus Corporation Pte. Ltd.

Diploma Pengajian Islam

 

PENDAHULUAN

Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos-menengah yang merangkumi pelbagai disiplin agama. Disamping pengajian ilmu-ilmu teras agama seperti pengajian al-Quran, al-Hadith dan al-Syariah, DPI Andalus juga menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti Tasawwur Islam, Tamadun Islam, Pendidikan Islam dan Sains Islam.

DPI Andalus bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Kelas Bimbingan Menengah (KBM 4) atau Kelas Bimbingan Remaja Lanjutan (KBRL) di Andalus, Cordova dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian Islam (bukan sepenuh masa) ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun
  • Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat menengah di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta.

Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk pemohon pemohon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.



Pengajian Secara Odit (Berkala1)
  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun

Lembaga Pengurusan boleh melakukan interviu terhadap calon-calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.
MUSIM PENGAJIAN
Jangkamasa pengajian DPIA adalah 4 tahun. Setiap tahun mempunyai 2 semester. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama.

Semester 1:
Penggal 1
Minggu Pengajian : Jan - Mac (13 minggu)
Minggu Peperiksaan : Mac (2 minggu)
Minggu Cuti : Apr (1 minggu)

Penggal 2
Minggu Pengajian : Apr - Jun (13 minggu)
Minggu Peperiksaan : Jun (2 minggu)
Minggu Cuti : Jun (1 minggu)

Semester 2:
Penggal 3
Minggu Pengajian : Julai - Sep (13 minggu)
Minggu Peperiksaan : Sep (2 minggu)
Minggu Cuti : Sep (1 minggu)

Penggal 4
Minggu Pengajian : Okt - Dis (13 minggu)
Minggu Peperiksaan : Dis (2 minggu)
Minggu Cuti : Dis (1 minggu)

YURAN PENGAJIAN
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $52.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $83.00 sebulan (dibayar melalui giro).

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran.


Sila ke lelaman www.andalus.sg/dewasa Untuk maklumat terperinci program pos-menengah Andalus.