Andalus Corporation Pte. Ltd.

Pra Diploma Pengajian Islam Online
PENDAHULUAN
Program ini diadakan untuk para remaja dan dewasa keperluan yang tidak berpeluang melalui pembelajaran agama secara formal. Program ini diadakan secara atas talian bagi memberi peluang bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mengikuti program ini di cawangan Andalus pada masa yang ditetapkan.
MATLAMAT
Program ini diharapkan dapat memberikan pengetahuan lanjutan dasar-dasar agama Islam kepada semua yang berusia 17 tahun ke atas. Ia bertujuan memberikan pemahaman dengan lebih jelas ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
- Berusia tidak kurang dari 17 tahun

- Perlu mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer.

 

TEMPOH & MASA PEMBELAJARAN

Jangkamasa pembelajaran PPIO ialah 2 tahun. Keseluruhan pengajian terdapat 16 modul. Setiap tahun mempunyai 2 semester, iaitu 6 bulan pada setiap semester. Para peserta boleh mengikuti program ini di tempat masing-masing di mana sahaja melalui komputer atau telefon bijak.

MODUL PENGAJI

MODUL PENGAJIAN

Bil

Modul

1

Aqidah 1

2

Aqidah 2

3

Fiqh 1

4

Fiqh 2

5

Sejarah Tamadun 1

6

Sejarah Tamadun 2

7

Akhlak 1

8

Akhlak 2



JADUAL PENGAJIAN

 

Semester 1 :

Penggal 1                  

Minggu Pengajian    : Jan – Mac (13 minggu)

Minggu Cuti Penggal           : 1 minggu

 

Penggal 2                  

Minggu Pengajian    : Apr – Jun (13 minggu)

Minggu Cuti Penggal           : 2 minggu

 

Semester 2 :

Penggal 3

Minggu Pengajian    : Julai – Sep (13 minggu)

Minggu Cuti Penggal           : 1 minggu

 

Penggal 4                  

Minggu Pengajian    : Okt – Dis (13 minggu)

Minggu Cuti Penggal           : 2 minggu

 

SISTEM PENILAIAN

YPenilaian dijalankan secara berterusan. Tugasan/Penilaian dan Forum secara online diadakan pada setiap minggu bertujuan untuk membolehkan peserta dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian peserta dari masa ke masa.

 

JALUR PPIO

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian PPIO berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti Diploma Pengajian Islam DPI.

 

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $52.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $62.00 sebulan (dibayar melalui giro).

 

* Yuran tidak termasuk dengan harga nota dan buku.

 

Pembelajaran Online secara am:

  • Pelajar akan log in dan lihat video-video sekitar 3-5 minit bagi setiap video. Untuk 1 modul ada kira-kira 40-50 video. 1 modul mengandungi 10-15 bab.
  • Pelajar juga akan ikuti webinar (live session) dan boleh berinteraksi dengan pensyarah secara live 2 minggu sekali di waktu yang ditetapkan.
  • Pelajar juga perlu lakukan tugasan ringkas seperti kuiz atau menjawab soalan-soalan pendek. Mereka juga perlu lakukan penilaian (MCQ) setiap minggu. Setiap set soalan MCQ ialah sekitar 10 soalan sahaja.
  • Forum juga diadakan untuk perbincangan. Jika ada soalan-soalan yang ingin diutarakan, pelajar akan pos soalan melalui forum.

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.